|
|||||||
PENGUMUMAN: Keperluan Mendaftar Permohonan Menjalankan Kursus Dalam Sistem MyNRP Sebelum Kursus dijalankan. Kebelakangan ini, terdapat kursus MyNRP yang berleluasa dijalankan oleh penganjur lain. Demi menjaga integriti dan martabat kursus MyNRP, maka Exco PSM mengusulkan proses pendaftaran kursus MyNRP sebelum kelulusan kursus diberikan. Bermula 1 Ogos 2025, semua hospital yang berdaftar dalam sistem MyNRP WAJIB membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan dalam sistem MyNRP sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum kursus MyNRP dijalankan. Bagi memudahkan pelaksanaan awal, satu tempoh peralihan selama 2 hingga 4 minggu akan diberikan untuk hospital-hospital menyesuaikan diri dengan keperluan baharu ini. Namun begitu, mulai 1 September 2025, semua hospital perlu mematuhi syarat ini sepenuhnya bagi membolehkan kursus MyNRP dilaksanakan. Kerjasama semua pihak amat dihargai. Sekian, terima kasih. This intranet website is for the online maintainance of a database of participants of the Malaysian Neonatal Resuscitation Program (MyNRP).
|
|||||||